SJK ( C ) Hun Bin telah didirikan pada tahun 1934. Pada awalnya sekolah ini terletak di sebuah

pondok yang berdekat dengan Jalan Tanjung Tokong Lama. Oleh sebab kekurangan peruntukan,

bangunan sekolah iniamat buruk dan kekurangan segala kemudahan.

               

               Encik Huang Peng Qing merupakan guru besar Hun Bin yang pertama. Pada masa tersebut cuma

               terdapat 30 orang murid dan seorang guru sahaja. Bilagan murid telah semakin bertambah menjadi

               60 orang, begitu juga bilangan guru bertambah menjadi 2 orang.

 

Sekolah ini terpaksa ditutup pada Disember 1941. Pada masa itu negara kita telah diserang oleh

Jepun. Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1945 dan Encik Huang Ming Chang dilantik sebagai

guru besar.

 

Sekolah Hun Bin telah menjadi sekolah separuh bantuan kerajaan pada tahun 1955 dan menjadi

Sekolah Jenis Kebangsaan (separuh bantuan) pada  tahun 1956. Pada tahun 1957, bilangan murid

telah bertambah ke 140 orang. Bilangan ini  merupakan satu rekod baru sejak tahun 1934.

 

Setelah berpuluh-puluh tahun diguna, bangunan sekolah yang lama lagi tua menjadi semakin buruk.

Bilangan murid semakin berkurangan, Pada tahun 1971, bilangan murid yang tinggal hanya 24 orang

sahaja. Sekolah Hun Bin diarah tutup oleh berkenaan.

 

                                                

 

Pada tahun 1973, Encik Chew Tatt Hoy dilantik sebagai guru besar Beliau telah bekerjasama dengan

Jemaah Pengurus Sekolah untuk pembangunan sekolah. Di bawah pimpinannya, nasib sekolah Hun

Bin telah berubah.

 

               Yang Berhormat Datuk Khor Gark Khim, ADUN kawasan Tanjung Bungah amat mengambil berat

               tentang pendidikan bahasa ibunda dalam masyarakat orang Cina. Beliau berjanji akan memberi

               bantuan sepenuhnya kepada sekolah ini.

 

 Pada  tahun 1973, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membangun SJK (C) Hun Bin. Datuk

 Huang Suang Ho telah dilantik sebagai pengerusi manakala Encik Tan Lok Suan dilantik sebagai naib

 pegerusi.

 

 Pada tahun 1975, AJK tersebut telah melantik Datuk Khor Gark Khim sebagai penasihatnya. AJK

 telah merancang untuk membina sebuah banguanan sekolah di sebuah tapak seluas satu setengah

 ekar yang lokasinya tidak berapa jauh dari sekolah lama. Tapak tersebut adalah hak milik Gereja

 Katolik. Pihak gereja telah bersetujuh menyewa tapak tersebut kepada Jemaah Pengurus Sekolah

 selama 99 tahun untuk membina bangunan sekolah. Sewa tahunanya adalah RM 1.00 sahaja.

 

 Pelan asal menunjukkan bangunan berbentuk U. di tengah bangunan adalah dewan dua tingkat.

 Kedua-dua belah dewan adalah bilik darjah 3 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 5 buah bilik darjah.

 Bangunan tersebut boleh menampung 2000 orang murid.

 

 Selepas beberapa siri kutipan derma daripada orang awam, jumlah kutipan telah  melebihi RM

 600,000.00.

 

Pembinaan dimulakan pada 12 JANUARI 1981. Adun kawasan Tanjung Bungah.

 

 Datuk Khor Gark Khim telah merasmikan pemulaan pembinaan bangunan tersebut.

 

                                                            

Bishop Pulau Pinang telah merasmikan Pembinaan Tapak sekolah tersebut pada 15 MEI 1981.

 

                                        

Bangunan dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada 1 APRIL 1985.

 

Setelah bangunan baru siap dibina, sampailah masa persaraan guru besar, Encik Chew Tatt Hoy.

Encik Chew telah bersara pada 25 NOVEMBER 1989.

 

Encik Lye Siew Weng telah dilantik sebagai guru besar pada DISEMBER 1989. Tugas utama beliau

ialah menggalakkan lebih ramai murid belajar di  sekolah ini.

                      

Beliau cuba mempertikatkan lagi pencapaian akademik dan juga kokurikulum  sekolah demi

mengharumkan nama SJK (C ) Hun Bin.

 

Pada tahun 1995, Encik Leong Saik Fun sebagai guru besar. Beliau telah bersara pada April 1997.

Selepas persaraan Encik Leong, Encik Lee Song Cheong dilantik sebagai guru besar. Beliau bersara

pada 24 JULAI 1999.

 

Encik Lee Ah Siang dilantik sebagai guru besar mulai 25 JULAI 1999. Kelas komputer ditubuhkan

mempertikatkan pengetahuan berkomputer murid-murid supaya mereka boleh menghadapi cabaran

pada masa depan.

 

               Oleh kerana bilangan murid di SJK (C ) Hun Bin telah bertambah dengan pesat, bilik darjah yang

               sedia ada sudah tidak mencukupi untuk manampung murid-murid yang kian bertambah. Pada awal

               tahun 2001, atas bantuan Jemmah Pengurus Sekolah, PIBG dan ibu bapa, kerja pembinaan 3 buah

               bilik darjah telah dimula.

            

               Bangunan tersebet telah siap dibina pada NOVEMBER 2001.

 

               Encik Lee Ah Siang telah ditukar ke SJK (C ) Sin Kang mulai 1 OKTOBER 2001. Pada masa yang

               sama, Encik Beh Huat Wan telah dilantik untuk memegang jawatan guru besar.

 

               Setelah 3 sebuah bilik darjah baru dibina, sampailah masanya untuk menjalankan kerjakeceriaan

               sekolah. Pertambahan telah dibuat ditepi kantin.di belakang bangunan sekolah, kaki lima berbumbung

               telah dibina. Sebuah pintu kecil telah dibuat untuk memudahkan murid-murid yang tinggal di kawasan

               yang tertentu. Pokok-pokok bunga juga ditanam.

 

               Pada awal tahun 2002, Jemaah Pengurus Sekolah bercadang untuk membina sebuah bangunan

               pentadbiran bertingkat 3 di hadapan pintu pagar sekolah. Pejabat yang sedia akan diubah suai menjadi

               bilik darjah.

 

              Pada tahun 2007, Encik Beh Huat Wan telah bersara. Cik Yeoh Chew Guat Hoon dilantik sebagai Guru Besar

              SJKC Hun Bin sehingga sekarang.